AKTIVITI
Berikut merupakan antara perkhidmatan dan aktiviti yang ditawarkan KOKUP
a. Menjalankan aktiviti pemulihan kesihatan melalui refleksologi, acupressure dan spa.
b. Menjalankan aktiviti agen pemasaran dan promosi produk OKU.
c. Menjalankan aktiviti pengangkutan OKU.
d. Menjual peralatan OKU serta lain-lain keperluan kepada anggota dan bukan anggota.
e. Menjalankan aktiviti perkhidmatan percetakan dalam tulisan braille.
f. Menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan.
g. Membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih.
h. Melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut Seksyen 54 Akta,
i. Mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya,
j. Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi-koperasi lain.
k. Mengadakan aktiviti-aktiviti lain yang berfaedah dengan kelulusan mesyuarat agung.