APA ITU 'ACCUPRESSURE'

Tekanan kuat pada titik-titik tenaga organ Yin (Zang) dan Yang (Fu) di sepanjang saluran tenaga atau meridian di tubuh.(Konsep rawatan).

Anatomi titik tenaga Acupresser hampir sama dengan Acupunture. Acupressure tidak mementingkan ukuran tepat bagi setiap titik berbanding Acupunture.

Jikalau Acupunture mengenalpasti lokasi titik tenaga pada tubuh seseorang dengan sukatan khas (Cun), bagi memastikan jarum ditusuk pada titik yang tepat, Acupressure pula memadai dapat menemui titik tindakbalas (reflex poin) di sepanjang saluran tenaga yang betul.

Tujuan Acupressure
Merangsang pengaliran tenaga (Qi) baik secara centripetal mahupun centrifugal secara lancar dan berkesan di seluruh (12) meridian tubuh-badan.

Kelebihan Acupressure
Dengan melakukan salah satu teknik acupressure pada titik-titik tekanan (Acupoints) tertentu, proses rangsangan (Stimulation) akan berlaku ke atas organ-organ tubuh. Menggerakkan organ yang lemah menjadi aktif dan mencetus penyembuhan semulajadi.
  1. Tekanan disertai dengan getaran akan memberikan kesan yang merehatkan dan ketenangan. Situasi yang amat diperlukan bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat dari segi jasmani dan rohani.
  2. Terapi ringkas dalam masa yang singkat tetapi kesan yang berpanjangan kerana terapi dilakukan secara langsung ke atas point yang dikenal pasti sahaja.
  3. Selamat dan tiada kesan sampingan. Boleh digabungkan dengan terapi lain seperti urutan, scratch massage(guasa) dan Acupunture.